Saifuddin tak jadi rebut Timbalan Presiden, beri laluan kepada Izzah? – akhbar Cina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Arena politik PKR semakin memanas apabila Nurul Izzah Anwar dilaporkan akan bertanding jawatan timbalan presiden parti itu.

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pula mengambil keputusan untuk tidak meneruskan hasratnya merebut jawatan tersebut.

Menurut laporan Sinchew Daily, keputusan Saifuddin Nasution itu dibuat selepas perbincangan panjang bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis.

Beliau memilih untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah bagi merebut jawatan nombor dua parti itu.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari turut menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan timbalan presiden, namun beliau telah menarik diri selepas perbincangan lanjut.

Amirudin sebaliknya akan mempertahankan jawatan naib presiden dan dicalonkan oleh Nurul Izzah.

Sumber dalaman parti memberitahu, daripada 10 calon yang bertanding jawatan naib presiden, beberapa nama dilihat menyokong “kem Anwar”, iaitu Sim Tze Tzin, Datuk Seri R. Ramanan, Hee Loy Sian, Abun Sui Anyit dan Amirudin.

Sementara itu, “kem Rafizi” pula diwakili oleh Nik Nazmi Nik Ahmad, Chang Lih Kang, R. Yuneswaran dan Datuk Seri Aminuddin Harun, lapor MalaysiaGazette.

Sathia Prakash Nadarajan pula dilaporkan menjadi rebutan kedua-dua kem, dengan usaha sedang dilakukan untuk mendapatkan sokongannya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat