BN, PH sah kerjasama PRN Sabah, agihan kerusi diperinci peringkat negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sah jalin kerjasama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kesepakatan itu diputuskan dalam mesyuarat antara Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN Datuk Seri Ahamd Zahid Hamidi berlangsung semalam.

Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama di antara kepimpinan PH dan BN Sabah.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan oleh kepimpinan tertinggi PH dan BN,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat