KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyediakan motosikal berkuasa besar jenis BMW RT1250 yang akan digunakan bagi memperkasa keupayaan pasukan pengiring dalam memastikan kelancaran tugasan mengiring delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, sudah tentu kita mahu memastikan setiap aspek penganjuran berada pada tahap terbaik, termasuk dari sudut keselamatan dan pergerakan delegasi.
“Sesampai sahaja di pejabat pagi tadi, saya memulakan jadual hari ini dengan menyempurnakan simbolik penyerahan dua buah motosikal berkuasa besar jenis BMW RT1250 yang akan digunakan bagi memperkasa keupayaan pasukan pengiring dalam memastikan kelancaran tugasan mengiring delegasi sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang akan datang.
“Saya sempat “test” duduk di atas motosikal ini, bukan setakat bergaya tapi ianya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang canggih yang akan membantu anggota kita menjalankan tugas dengan lebih efisien,” kata Saifuddin.