Ahli Parlimen Pulai Suhaizan Kaiat Dirawat di ICU Akibat Jangkitan Kuman

- Advertisement -

PETALING JAYA- Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Johor Bahru selepas mengalami jangkitan kuman yang menjejaskan paras oksigen dalam badan.

Ketua Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bahawa Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu setelah didiagnosis mengalami jangkitan pada usus serta peningkatan paras sel darah putih.

“Memang benar, Suhaizan dimasukkan ke hospital sejak Isnin lalu akibat jangkitan pada usus dan paras darah putih yang tinggi menyebabkan paras oksigen rendah.

“Alhamdulillah, Suhaizan stabil, cuma malam tadi dia demam dengan suhu tinggi dan paras oksigen menurun. Pagi ini keadaannya stabil dan sedar, namun masih dalam pemantauan doktor di ICU,” katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, Suhaizan mengalami episod demam tinggi malam tadi, sebelum dimasukkan ke ICU kira-kira jam 11 malam. Menurut pembantunya, lawatan masih belum dibenarkan kerana beliau masih dalam pemantauan rapi oleh pasukan perubatan.

“Lawatan dan ziarah tidak dibuka kepada orang luar selagi di ICU. Marilah sama-sama kita mendoakan semoga Suhaizan segera sembuh,” kata pembantunya.

Suhaizan, yang juga Naib Ketua Amanah Johor, memenangi kerusi Parlimen Pulai dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 9 September 2023 dengan majoriti 18,641 undi. Beliau menewaskan calon Perikatan Nasional, Zulkifli Jaafar, dan calon bebas, Samsudin Mohamad Fauzi.

Beliau mengambil alih kerusi Parlimen itu selepas pemergian penyandang terdahulu, Allahyarham Salahuddin Ayub, yang juga Timbalan Presiden Amanah, pada 23 Julai 2023.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat