Minta peruntukan muka 10 sen, dapat peruntukan hentam PM dan saya lumat – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegur sikap pemimpin pembangkang supaya tidak hanya bermuka manis semasa memohon peruntukan, namun menghentam Perdana Menteri dan kerajaan sejurus selepas menerimanya.

Beliau berkata, setiap kali pilihan raya, pembangkang bertindak menghentam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tindakan itu seolah-olah tidak berterima kasih.

“Saya lumat (dihentam), tidak salah untuk kita berbeza pendapat. Janganlah, masa minta muka senyum, muka 10 sen. Bila dapat hentam Perdana Menteri balik.

“Jangan begitu, mesti bersyukur dan terima kasih. Bila pilihan raya mereka hentam Perdana Menteri, saya lumatlah,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek, di Gua Musang Kelantan pada Isnin.

Zahid berkata, beliau tidak mahu menyebut mana-mana individu atau yang berbuat demikian, lapor Utusan.

“Namun itulah yang berlaku. Situasi ini bukan sahaja berlaku di Kelantan malah Kedah, Perlis dan Terengganu

“Sikap begitu perlu diubah kerana ia sesuatu yang tidak baik. Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan Madani. Salah satu sikap Kerajaan Madani adalah ihsan,” kata Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat