KUALA LUMPUR – Jalur Gemilang adalah soal maruah dan imej negara.
Justeru Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa tindakan dikenakan kepada pegawai yang bertanggungjawab dalam kesilapan paparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan SPM 2024.
“Saya fikir kita harus belajar daripada apa yang berlaku. Tidak sepatutnya perkara sebegini berlaku.
“Walaupun permohonan maaf telah dibuat, pegawai yang bertanggungjawab perlu diambil tindakan.
Ini melibatkan imej negara.
“Kalau kita boleh ambil tindakan terhadap media tertentu atas kesilapan mereka, kenapa kita tidak boleh ambil tindakan terhadap agensi kerajaan sendiri? Kata Zahid.
Menurut Presiden Umno itu lagi kesilapan seumpama ini tidak wajar untuk bertolak-ansur.
“Perkara ini tidak seharusnya ada kompromi.
“Walau bagaimanapun, saya fikir perkara seperti ini tidak boleh berulang lagi,kerana ini adalah soal maruah dan imej negara,” tegas Zahid.