PTTI raikan pelajar cemerlang SPM dengan insentif RM500 dan pelancaran PTTI EduConsult

- Advertisement -

Cyberjaya, 24 April 2025 – Sebuah majlis penuh makna telah berlangsung di Bangi Resort Hotel sempena pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, di mana pihak PTTI tampil dengan inisiatif berani dan berinspirasi dalam meraikan kecemerlangan para pelajar. Majlis yang disertai oleh ibu bapa, rakan media, guru-guru dan tetamu kehormat termasuk artis popular Bella Astilah dan Nabila Razali, menjadi saksi kepada pelancaran beberapa program penting oleh institusi pendidikan yang kian kukuh dalam sistem sokongan akademik negara ini.

Sorotan utama majlis ini adalah penyampaian insentif tunai sebanyak RM500 kepada setiap pelajar yang berjaya meraih keputusan straight A dalam SPM 2024. Ganjaran ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan PTTI untuk menghargai usaha luar biasa pelajar-pelajar yang menunjukkan prestasi akademik cemerlang, sekaligus menggalakkan semangat persaingan sihat dalam kalangan pelajar untuk terus menambah baik pencapaian mereka.

Dalam ucapannya, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, menyatakan bahawa pemberian insentif ini bukan sekadar bentuk penghargaan tetapi simbol harapan dan pengiktirafan. Menurut beliau, setiap kejayaan pelajar tidak boleh dipandang remeh dan perlu diraikan dengan sewajarnya kerana setiap A yang diperoleh adalah hasil perjuangan yang panjang.

“Kami percaya bahawa setiap kejayaan perlu diraikan. RM500 ini bukan sekadar ganjaran, tetapi simbol pengiktirafan terhadap usaha luar biasa pelajar-pelajar kami. Ini juga menjadi pemangkin semangat untuk mereka terus melangkah jauh,” ujar beliau di hadapan hadirin yang memenuhi dewan.

Namun PTTI tidak hanya berhenti pada meraikan pencapaian semata-mata. Dalam majlis yang sama, satu langkah strategik jangka panjang diumumkan dengan pelancaran unit penasihat pendidikan khas yang dikenali sebagai PTTI EduConsult. Penubuhan unit ini hadir tepat pada masanya bagi memenuhi keperluan pelajar lepasan SPM yang masih mencari arah dan laluan terbaik untuk melanjutkan pelajaran.

PTTI EduConsult dibangunkan sebagai platform bimbingan dan perundingan pendidikan yang komprehensif. Unit ini bakal menjadi rakan strategik kepada pelajar dan ibu bapa dalam merancang masa depan pendidikan sama ada di peringkat diploma, ijazah atau pengajian ke luar negara. Menyedari bahawa ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas menamatkan SPM, PTTI melihat keperluan untuk menyediakan ruang rundingan yang profesional dan mesra pelajar agar mereka dapat membuat pilihan yang sesuai dengan minat, potensi, serta keperluan pasaran kerja masa depan.

“Ramai pelajar berdepan kekeliruan selepas SPM – tak pasti jurusan apa nak ambil, di mana nak sambung belajar. Di sinilah PTTI EduConsult berperanan. Kami menjadi rakan pendidikan yang dipercayai, membantu pelajar dan ibu bapa memilih bidang berdasarkan minat, kebolehan dan prospek kerjaya,” jelas Puan Farhana dalam sesi pelancaran yang turut dihadiri wakil-wakil EduConsult yang bersedia untuk memberi penerangan terus kepada ibu bapa dan pelajar.

Lebih mengujakan, PTTI turut mengumumkan satu lagi acara besar bakal berlangsung pada bulan Mei 2025 – Majlis Anugerah Inspirasi SPM, yang dikhususkan bukan sahaja untuk pelajar yang mendapat keputusan tertinggi tetapi juga untuk mereka yang menunjukkan peningkatan luar biasa dalam keputusan mereka. Pelajar yang berjaya melonjakkan gred dari gagal ke A, atau dari D dan C kepada gred A, akan turut diberi penghargaan atas usaha gigih dan peningkatan yang luar biasa ini.

Puan Farhana menekankan bahawa nilai yang dibawa oleh PTTI bukan sekadar pencapaian akademik semata-mata, tetapi juga perkembangan dan peningkatan individu. Di bawah bimbingan guru-guru PTTI yang berpengalaman dan berdedikasi, pelajar bukan sahaja dibekalkan ilmu pengetahuan, tetapi juga dibina keyakinan, disiplin dan motivasi untuk berjaya.

Dalam semangat untuk membantu pelajar menghadapi SPM 2025 dengan lebih bersedia, PTTI turut memperkenalkan satu lagi inisiatif istimewa – seminar percuma selama lima hari bertajuk “Gelombang Gagal ke Straight A”. Seminar ini direka khusus untuk memberi peluang kepada pelajar Batch 08 (SPM 2025) mempelajari teknik pembelajaran, formula kejayaan dan strategi mengatasi kelemahan, berdasarkan pendekatan unik yang terbukti berkesan dalam ekosistem PTTI.

Puan Farhana turut berkongsi hasrat besar PTTI untuk tahun ini, iaitu melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar yang memperoleh keputusan straight A bagi SPM 2025. Misi ini dilihat bukan sesuatu yang mustahil, malah realistik memandangkan sistem pembelajaran di PTTI telah menunjukkan keberkesanan dengan peningkatan jumlah pelajar cemerlang dari tahun ke tahun.

Majlis turut diserikan dengan sesi pengenalan barisan guru PTTI yang terdiri daripada tenaga pengajar profesional dalam pelbagai subjek teras seperti Sains, Matematik, Sejarah, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Kimia, Fizik dan Matematik Tambahan. Ibu bapa turut diberi peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan guru-guru serta mendapatkan khidmat rundingan dari pasukan EduConsult yang berada di lokasi.

Dengan inisiatif-insentif yang menyeluruh dan pendekatan yang berpaksikan kepada nilai dan hala tuju pelajar, PTTI membuktikan bahawa mereka bukan sekadar institusi pembelajaran, tetapi sebuah platform transformasi yang komited mencorak masa depan pelajar Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat