Kabinet tak dirombak, PM nilai prestasi bukan percaturan politik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada rombakan Kabinet bakal berlaku susulan daripada keputusan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025

Perkara itu disahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Anwar, keputusan pemilihan merupakan urusan parti, malah tiada kaitan dengan urusan kerajaan negeri atau pusat.
“Tiada (rombakan Kabinet), ini pemilihan parti, ini soal parti bukan soal kerajaan negeri atau pusat,” katanya lapor Astro Awani di Putrajaya pada Isnin.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, beliau melihat prestasi berdasarkan komitmen ahli Kabinetnya bukan berdasarkan percaturan politik.

“Saya lihat prestasi masing-masing, bukan dari segi percaturan politik,” katanya lagi.

Tambahnya, masalah yang timbul semasa pemilihan boleh dibangkitkan semasa mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR yang akan diadakan pada Rabu.

Anwar ditemui wartawan ketika melawat rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi.

Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Pemilihan PKR kali ini menyaksikan beberapa pemimpin kanan parti tewas di peringkat cabang untuk jawatan ketua dan timbalan.

Antara yang kecundang ialah Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasir, Ahli Parlimen Batu P Prabakaran dan beberapa pemimpin lain.

Nik Nazmi dalam kenyataannya pada 19 April juga akan merujuk Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung keputusan pemilihan Ketua Cabang Setiawangsa pada Pemilihan PKR 2025.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat