MRSM Kepala Batas diganti nama MRSM Tun Abdullah Badawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kepala Batas bakal ditukar nama kepada MRSM Tun Abdullah Badawi.

Pengumuman pertukaran nama itu diumumkan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Sebagai mengenang jasa Almarhum Pak Lah, saya akan mendapatkan persetujuan Menteri untuk menamakan MRSM Kepala Batas kepada MRSM Tun Abdullah Badawi,” umum Asyraf.

Allahyarham Tun Abdullah adalah figura penting yang banyak menyumbang ke arah pembangunan modal insan di negara ini sehingga dinobat sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.

Beliau menekankan setiap insan perlu dilengkapi nilai-nilai positif seperti berilmu, mempunyai nilai murni, moral dan disiplin, bagi melengkapi proses pembangunan negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Malah, beliau telah menggariskan lima teras di bawah pentadbirannya iaitu Misi Nasional, Pelan Integriti Nasional, Pembangunan Koridor Ekonomi, Pembangunan Modal Insan serta konsep Islam Hadhari.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat