“Ini peguam jenis apa, tanah tapak kuil itu milik orang lain” – Akmal sekolahkan penyokong pemelihara kuil

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jika ada masjid yang dibina di atas tanah orang lain sekalipun ia perlu dipindahkan sebab itu tanah bukan milik masjid, kata Datuk Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda Umno itu membidas tindakan tidak logik kumpulan penyokong pemeliharaan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur mencadangkan “tapak alternatif” untuk pembinaan masjid, yang dirancang dibina di tapak kuil tersebut.

“Saya nak maklumkan kepada Ambiga dan kawan-kawan peguam mereka dalam kes ini. Jika ada masjid yang dibina di atas tanah orang lain sekalipun ia perlu dipindahkan,sebab itu tanah bukan milik masjid.

“Tuan tanah punya baik lagi,10 tahun berbincang utk dapatkan penyelesaian bukan beli harini esok suruh keluar.

“Tambahan pula DBKL bagi lagi cadangan tanah lain untuk dipindahkan tapi kamu masih tak nak. Tiba-tiba kamu pula minta tuan tanah cari tanah lain.

“Eh ini peguam jenis apa yang menggunakan logik undang-undang begini? Saya nak minta peguam-peguam ni keluar dari rumah kamu yang sedia ada,sebab saya nak duduk di rumah kamu..Boleh ke? soal beliau menjelaskan situasi yang berlaku.

Semalam, Pengarah eksekutif Lawyers for Liberty Zaid Malek berkata daripada meroboh dan memindahkan kuil 130 tahun itu, masjid boleh dibina di dua plot tanah yang berdekatan.

“Ada penyelesaian mudah. Tidak perlu kuil ini diroboh.

“Tapak yang berdekatan cukup besar untuk membina sebuah masjid, dan masih ada ruang untuk pengembangan,” katanya semasa sidang media.

Sementara itu, Ambiga menegaskan kerajaan ada peranan untuk mencari penyelesaian untuk kuil tersebut, walaupun tanah dimiliki syarikat swasta.

“Saya tak nak berkasar tapi come on kerajaan Madani, apa masalah anda sebenarnya?

“Selesaikan hal ini, senang saja. Saya terkejut yang mereka tak dapat lakukannya, selepas bersama-sama kami, orang yang mereka kenal, di jalanan untuk keadilan,” kata bekas pengerusi Bersih itu.

“Penyelesaian ada di depan anda. Lakukan. Itu saja yang saya dapat katakan,” katanya lagi, sambil menambah naratif Madani harus merangkumi keadilan dan keterangkuman.

Surendran pula membangkitkan pengalamannya ketika menjadi ahli Parlimen Padang Serai pada 2014, di mana dia menyokong pengekalan sebuah kuil Hindu di Jalan Raja Chulan dan Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang ketika itu memberikan sokongan penuhnya.

“Jadi saya harap perdana menteri akan tunjukkan semangat yang sama seperti 10 tahun lalu, ketika dia menyokong saya.

“Saya harap dia dapat ingat semangat itu dan bangkitkan semula semangat itu dalam dirinya,” katanya lagi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat