‘Biarlah Ketua Pembangkang, Ketua Whip saja runding peruntukan, tak perlu individu’ – Mas Ermieyati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Wakil rakyat Bersatu tidak bersetuju jika kerajaan melakukan rundingan secara individu dengan berhubung draf memorandum persefahaman (Mou) berkait peruntukan untuk pembangkang.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, kerajaan perlu menghormati wakil pembangkang yang menang kerusi Parlimen di bawah payung Perikatan Nasional (PN) dan sebarang rundingan perlu dilakukan secara en-bloc atau bersama.

“Rundingan peruntukan perlu dibuat secara en-bloc, biarlah hanya ketua pembangkang dan ketua whip berbincang berkenaan dengan syarat-syarat peruntukan yang diperlukan untuk memastikan kedua-dua belah pihak capai kata sepakat,” katanya ketua wanita Bersatu itu, pada Jumaat.

Mas Ermieyati menegaskan, peruntukan itu sepatutnya diberikan secara terus kepada wakil pembangkang kerana ia hak Ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat di kawasan masing-masing.

“Seeloknya dapat diberikan sahaja peruntukan tanpa syarat (MoU) kerana ia merupakan hak Ahli Parlimen,” katanya memetik laporan FMT.

Selain wakil rakyat Bersatu, Ahli Parlimen Pas juga menolak cubaan kerajaan berunding secara individu berkait peruntukan untuk pembangkang.

Semalam, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata sebarang rundingan mesti melalui parti dan syarat mesti dimaklumkan kerana semua Ahli Parlimen terikat dengan parti diwakili.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sebelum itu berkata kerajaan masih terbuka berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang ‘secara individu’ berhubung draf MoU berkait peruntukan untuk mereka.

Beliau yang mewakili kerajaan bagi rundingan itu berkata perbincangan secara berkumpulan tidak lagi dibenarkan memandangkan PN telah membuat keputusan menolaknya.

Pada 16 Sept lalu, Fadillah mendedahkan dua draf MoU sebagai maklum balas kepada pihak pembangkang yang dikatakan lebih gemar membuat kenyataan melalui media, bagi membuktikan ketelusan kerajaan, selain mengalu-alukan cadangan baharu atau maklum balas.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa bulan lalu mendedahkan hanya Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari Muda memberi maklum balas rasmi namun PN pula bersikap sebaliknya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat