Tanah runtuh di Taman Melawati: Penduduk diarah kosongkan kediaman – bomba

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Hujan lebat pagi Selasa telah mengakibatkan berlakunya banjir kilat dan insiden tanah runtuh di Taman Melawati.

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengesahkan kejadian tanah runtuh di Jalan E6, Taman Melawati.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan mangsa namun dimaklumkan masih berlaku pergerakan tanah di kawasan terlibat.

Justeru, bomba mengarahkan penduduk berhampiran lokasi runtuhan untuk mengosongkan kediaman masing-masing.

Susulan kejadian itu, anggota bomba, polis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Unit Penguat Kuasa Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah menutup laluan dan melakukan pemerikasaan di lokasi kejadian.

Impak daripada kejadian tanah runtuh dan hujan lebat itu, berlakunya banjir lumpur di Taman Melawati.

Orang awam juga memaklumkan, banjir kilat yang melanda telah mencetuskan suasana cemas dan panik dihadapi murid-murid Tabika Kemas Kampung Klang Gate di Gombak.

Dalam video yang dikongsi , murid-murid Tabika berkenaan menangis sambil berdiri di atas meja menyelamatkan diri daripada ditenggelami banjir.

Manakala akaun X, Bencana2024 berkongsi video Ampang, Wangsa Maju teruk dilanda banjir kilat pagi tadi.

Lebuhraya Smart Expressway (SMART) juga ditutup sebagai persediaan operasi banjir.

Menerusi kemas kini dibuat di platform sosial Bencana2024, bencana itu mengakibatkan beberapa kenderaan terkandas berdekatan kawasan perumahan disebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat