Kapal Perang China: Pulau Pinang tak sensitif pertikaian Laut China Selatan- pembangkang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mendakwa Kerajaan Pulau Pinang tidak sensitif dan peka terhadap perkembangan semasa melibatkan pertikaian isu Laut China Selatan dan kawasan minyak dan gas oleh Petronas.

Apatah lagi memberikan sambutan seperti wira kepada kapal perang China di tengah-tengah kehangatan isu berkenaan dan ini dianggap amat tidak bertanggungjawab sama sekali,” kata Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Selaku Pengerusi Portfolio Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-Ahli Parlimen PN, beliau menuntut penjelasan yang bertanggungjawab daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkenaan perkara ini.

“PN merujuk kepada sambutan luar biasa yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap rombongan dua kapal perang latihan dari China bersama pelajar dari Naval University of China ke Pelabuhan Pulau Pinang pada Sabtu lalu.

“Perkara ini amat dikesali tatkala sensitiviti rakyat Malaysia yang masih terkesan dengan poster Bulan Kebangsaan yang tular menggunakan gambar tentera China baru-baru ini yang masih belum reda.

“Ia ditambah pula dengan pencerobohan demi pencerobohan yang dilakukan oleh tentera China ke atas perairan kita khususnya di perairan Sabah dan Sarawak sehingga menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang sepatutnya lebih sensitif dan peka terhadap perkembangan semasa melibatkan pertikaian isu Laut China Selatan dan kawasan minyak dan gas oleh Petronas, apatah lagi memberikan sambutan seperti wira kepada kapal perang China di tengah-tengah kehangatan isu ity. Ini amat tidak bertanggungjawab sama sekali,” tegas beliau dalam kenyataan pada Khamis.

Ahli Parlimen Machang itu malah mengingatkan, tindakan Pulau Pinang itu juga boleh menghantar isyarat yang salah kepada ASEAN khususnya negara jiran kita seperti Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

“Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidak boleh memberi hala tuju yang ‘mengelirukan’ kepada negara-negara jiran kita.

“Malah dilaporkan mereka turut disambut dan diraikan oleh sebuah sekolah, di mana sambutan besar-besaran oleh pihak sekolah dan pelajar dilaporkan turut mengambil tempat. Pendedahan ini amat merisaukan.

“Sedangkan kita tidak pernah pun menjemput tentera dari mana-mana negara kuasa besar lain hadir ke sekolah kita. Apa yang kita saksikan di Pulau Pinang ini amat membimbangkan dan mencetuskan tanda tanya,” ujar beliau.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, umum boleh menerima sekiranya tentera China hadir ke pelabuhan negara untuk melakukan “port call”, tetapi bukan dengan diberikan sambutan luar biasa seperti ini.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat