Juicy Luicy Bawa Nuansa Baru ke Malam Galau Kuala Lumpur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Juicy Luicy, sebuah band pop jazz yang terkenal dari Bandung, Indonesia, siap menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur pada 8 November akan datang dalam acara “Malam Galau Kuala Lumpur”. Kehadiran pertama mereka di kota ini bukan sahaja dinantikan oleh peminat setia, tetapi juga menjadi momen istimewa untuk memperkenalkan lebih banyak karya mereka kepada pendengar baru.

Sejak dibentuk pada tahun 2006, Juicy Luicy yang dianggotai oleh Julian Kaisar (vokalis), Denis Ligia (gitar elektrik), Zamzam Y.M (saksofon & gitar akustik), Dwi Nugroho (dram), dan Bina Bagja (bes) telah berjaya menawan hati peminat dengan muzik mereka yang progresif dan segar. Mereka meraih populariti melalui lagu-lagu seperti “Lantas”, “Sayangnya”, “Sialan”, dan “Asing”, yang akan menjadi sebahagian daripada setlist mereka dalam konsert ini.

“Kami merasa sangat bersyukur dan teruja dapat membuat persembahan di Malaysia. Ini merupakan peluang besar untuk memperkenalkan muzik kami kepada audiens yang lebih luas dan kami berkomitmen untuk memberikan persembahan terbaik,” ujar Julian Kaisar.

Acara ini juga menunjukkan bagaimana sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) Malaysia turut membantu memeriahkan dunia seni tempatan. Konsert ini merupakan hasil kerjasama antara HashTag Media dan Black Sky Enterprise, dan telah berjaya menjual lebih daripada 60 peratus tiket dalam masa kurang sebulan sejak diumumkan.

Penerbit Konsert Malam Galau Kuala Lumpur, Elmi Elmo, menyatakan bahawa kehadiran Juicy Luicy sangat dinantikan kerana mereka sudah mempunyai basis peminat yang kuat. “Lagu-lagu mereka sangat sesuai dengan tema ‘Malam Galau’ yang sudah beberapa kali diadakan sebelum ini. Kami yakin mereka akan memberikan hiburan yang luar biasa kepada peminat di sini,” kata Elmi.

Willy Dozan dari Black Sky Enterprise juga menambah bahawa kehadiran Juicy Luicy merupakan langkah berani yang ternyata sangat dihargai oleh peminat. “Penjualan tiket yang memberangsangkan ini membuktikan bahawa mereka sudah mempunyai tempat di hati peminat Malaysia,” ujarnya.

Salah satu faktor yang menarik perhatian adalah lagu mereka yang bertajuk “Lantas” yang dikeluarkan pada tahun 2020, telah distreaming sebanyak 284 juta kali di Spotify. Ini menunjukkan betapa besar apresiasi dan cinta dari peminat muzik terhadap karya-karya Juicy Luicy.

Konsert ini akan menjadi malam yang penuh emosional dan kenangan manis bagi peminat. Tiket masih tersedia dengan harga yang bervariasi mulai dari RM128 hingga RM3088 untuk VIP Royal Box. Bagi yang ingin menyaksikan persembahan pertama Juicy Luicy di Kuala Lumpur, tiket boleh dibeli secara online melalui laman web www.malamgalau.com.

Bersiaplah untuk malam yang penuh dengan galau bersama Juicy Luicy dan band-band tempatan terbaik. Jangan lepaskan peluang emas ini untuk menyaksikan persembahan yang pastinya akan menjadi pengalaman yang tidak terlupakan!

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat