Fahmi Fadzil nafi arah portal berita tutup komen media sosial

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menolak dakwaan beliau mengarahkan mana-mana agensi media termasuk Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), menutup ruangan komen di akaun media sosial organisasi itu.

Menurut Fahmi  agensi media berhakmengenakan sekatan dengan kaedah yang dirasakan perlu, termasuk menutup ruangan komen sekiranya mahu mengambil langkah selamat berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media.

“Sukacita saya ingatkan Dewan yang mulia ini tentang keputusan yang pernah dibuat di Mahkamah Persekutuan sekitar 2021, berkenaan komen pembaca yang dimuat naik dalam ruangan laman portal media,” ujar Fahmi.

Pada tahun 2021, Mahkamah Persekutuan mendenda portal berita Malaysiakini sebanyak  RM500,000 kerana kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.

Dalam keputusan majoriti 6-1, hakim mendapati Malaysiakini bertanggungjawab atas penghinaan terhadap mahkamah menerusi komen pembacanya.

Bagaimanapun, keputusan majoriti memutuskan bahawa ketua editor portal berita berkenaan, Steven Gan tidak bersalah atas pertuduhan yang sama.

“Ini keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa platform tersebut bertanggungjawab atas komen-komen yang dimuat naik, saya sarankan kita berhati-hati dengan komen yang dimuat naik,” nasihat Fahmi.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas), mengenai ruangan komen akaun media sosial agensi media seperti Bernama yang ditutup dankaedah mengimbangi hak kebebasan bersuara dan sekatan berkaitan undang-undang yang perlu dikenakan terhadap buli siber.-SUARATV

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat