Tidak pernah pinggir Terengganu, peruntukan RM7.23 bilion tahun ini – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan kerajaan Persekutuan tidak pernah meminggirkan kerajaan negeri Terengganu dengan RM7.23 bilion disalurkan pada tahun ini.

Katanya di hadapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar, peruntukan pembangunan tersebut lebih tinggi berbanding peruntukan yang diterima negeri itu pada 2022.

“Tidak benar Terengganu tidak diberi perhatian. Pada tahun 2024, peruntukan kita tambah daripada RM5.9 bilion (pada tahun 2022) kepada RM7.23 bilion untuk keseluruhan pembangunan, maksudnya bertambah.

“Saya beri jaminan kepada Menteri Besar (Ahmad Samsuri )kalau ada cadangan yang baik dan selari dengan dasar bersama, kita akan laksanakan,” katanya sewaktu merasmikan majlis pelancaran Loji Janakuasa Solar Hibrid Cypark di Merchang di Marang pada Rabu lapor Kosmo!

Anwar berkata, Kerajaan Persekutuan juga tidak pernah memingkirkan mana-mana kerajaan negeri termasuk Terengganu dalam penentuan keutamaan pelaksanaan projek.

“Kadang-kadang keutamaan di peringkat Persekutuan tidak sama dengan negeri, kita ubah suai untuk memenuhi keperluan tersebut.

“Keutamaan yang sering saya tekankan ialah mesti menyantuni rakyat paling susah, noktahkan kemiskinan tegar dan mengurangkan beban rakyat seperti melaksanakan projek tebatan banjir,” jelasnya.

Anwar turut memberitahu, lawatan ke negeri Terengganu hari ini dengan meluncurkan Loji Janakuasa Solar 100 MW pemasangan hybrid Cypark di Merchang.

Kata Perdana Menteri lagi, usaha seumpama ini adalah penting dalam menjayakan rencana kritikal negara terkait soal transisi tenaga.

“Marcapada menuntut kita supaya merebut peluang mengaplikasikan penyelidikan terkait soal transisi tenaga seperti yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju.

“Hatta, saya mengggesa kesemua institusi pendidikan yang menjalankan penyelidikan agar bekerjasama dengan kementerian dan sektor swasta bagi menbangunkan bidang-bidang baharu khususnya tenaga solar.

“Dalam konteks yang sama, syarikat yang mempunyai kepakaran kemudiannya harus melatih anak-anak dalam bidang TVET nan dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat untuk dimanfaatkan demi kemajuan ekonomi dan juga negara.

“Saya percaya, pengukuhan ekosistem ini adalah bertepatan dan seiring dengan sasaran negara untuk mencapai karbon sifar bersih pada tahun 2050,” ujar Anwar di Terengganu.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat