DOF Perak labuh 12 tukun tiruan bagi memulihara biodiversiti marin

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LUMUT – Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah telah berkenan berangkat melancarkan Program Melabuh Tukun Tiruan di Perairan Kepulauan Sembilan, Perak pada Ahad lalu.

Turut mengiring baginda ialah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Baharu, Azman Noh; Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) , Sukri Deris dan Pengarah DOF Perak, Hj. Mohd Ghazali A. Manap.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh DOF memaklumkan, sebanyak 12 unit tukun dasar lembut penghalang pukat tunda (TDL-AT) telah dilabuhkan di perairan Kepulauan Sembilan.

Beliau berkata, kesemua tukun bernilai RM370,660.00 itu, bagi tujuan konservasi serta mengekang aktiviti penangkapan ikan menggunakan peralatan tidak mesra sumber di kawasan perairan pantai Perak.

Menurutnya, pada 2019 hingga 2024, sebanyak RM 1.26 juta telah disalurkan kepada DOF Perak bagi pembangunan dan pemantauan tukun tiruan sepanjang Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) hingga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Sepanjang tempoh tersebut, sebanyak 47 unit tukun telah dilabuhkan di empat lokasi yang berbeza di perairan negeri Perak.

Katanya, pembangunan tukun tiruan adalah sebahagian usaha kerajaan melalui DOF bagi memulihara biodiversiti marin serta bagi memastikan pengurusan sumber perikanan sentiasa mampan dan terjamin.

“Hasil melabuh tukun ini juga dapat memberi manfaat kepada 18,217 orang nelayan di negeri ini,” kata kenyataan itu lagi. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat