Isteri Daim akan didakwa esok – peguam bela

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datin Naimah Khalid, isteri bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Peguam belanya, Rajesh Nagarajan ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut, lapor BH.

Difahamkan bahawa Naimah akan didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pada 10 Januari, Naimah dan dua anak lelakinya, Amir dan Amin, dipanggil ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk merakamkan kenyataan mereka.

Menurut SPRM, tindakan itu dilakukan untuk menentukan beberapa aset bernilai tinggi di dalam dan luar negara yang dimiliki oleh syarikat-syarikat yang dimiliki oleh mereka berkaitan dengan siasatan terhadap Daim.

SPRM berkata notis telah disampaikan kepada Daim di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009, pada 7 Jun 2023 sementara ahli keluarganya menerima notis di bawah Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Peguam keluarga tersebut mendakwa seluruh sesi pemeriksaan sebagai ‘ekspedisi memancing besar-besaran’, bertujuan untuk mengumpul maklumat bagi mendakwa Daim.

Pada 23 Disember, SPRM mengesahkan bahawa ia sedang menyiasat Daim berhubung tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram.

Ini berkaitan dengan maklumat yang diperoleh daripada kertas Pandora yang mengaitkan beberapa tokoh Malaysia terkemuka dengan tempat perlindungan cukai di luar pesisir.

Pengesahan itu datang selepas SPRM pada 18 Disember menyita Menara Ilham setinggi 58 tingkat, hartanah komersial di pusat bandar Kuala Lumpur yang dilaporkan dimiliki keluarga Daim.

Pada 28 Disember, Daim dalam satu kenyataan menyifatkan penyiasatan SPRM terhadapnya dan keluarganya sebagai “bermotif politik.”

Beliau berkata walaupun dia atau keluarganya tidak terlibat dalam sebarang rasuah atau kesalahan, usahanya untuk mengetahui apa kesalahannya sehingga disiasat SPRM tidak berhasil.

Daim juga menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim campur tangan dalam siasatan itu dengan membuat sindiran tidak berasas terhadapnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat