Konsert “A NIGHT WITH ALIF SATAR & THE LOCOS AND ANGGI MARITO” yang telah berlangsung pada ahad lepas di Zepp Kuala Lumpur telah menyaksikan seramai 2500 peminat hadir dan Enjoy dengan persembahan yang meriah pada malam itu.
Peminat yang hadir merasa teruja dengan persembahan yang telah berlangsung, ramai yang hadir datang menyanyi bersama dengan lagu lagu yang telah dipersembahkan dan turut bergembira berdansa bersama.
Persembahan dimulakan dengan penyanyi wanita yang mempunyai suara merdu yang didatangkan dari Indonesia iaitu Anggi Marito, peminat yang hadir turut bernyanyi bersama dengan lagu – lagu yang dibawakan oleh Anggi.
Anggi menyampaikan sebanyak tujuh buah lagu iaitu Hampa, Cara Mencintaimu, Tak Segampang itu, dan Madley Peri CiantaKu, Dibalas Dengan Dusta, Tanya Hati, Akhir Cerita Cinta.
Giliran Alif Satar dan The Locos mengambil alih persembahan pada malam tersebut dengan menyampaikan dua belas buah lagu antaranya Akhiri Penantianku, Cukup Indah, Nona Jakarta, I want to love you, Jangan Nakal, Anugerah Terindah dan Lelaki Seperti Aku.
Yang lebih istimewanya pada malam itu adalah penampilan Istimewa daripada kumpulan Raihan yang turut membuat persembahan bersama dengan Alif dan The Locos, Lagu yang dipersembahkan bersama kumpulan Raian adalah Puji Pujian, Shukur, Iman Mutiara dan Sesunggunhnya.
Alif Satar juga tidak lupa untuk mengajak peminat yang hadir untuk bersolat subuh seperti solat jumaat, Solat Subuh seperti solat jumaat adalah program Alif Satar untuk memenuhi Masjid pada solat subuh di seluruh negara.