Minyak masak paket bersubsidi: Utamakan rakyat Malaysia – PAS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – PAS menggesa Kerajaan Madani supaya berlaku adil kepada rakyat Malaysia berhubung tiada larangan atau kawalan penjualan minyak masak paket bersubsidi kepada pekerja warga asing di negara ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Konsumer dan Kepenggunaan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin menegaskan, situasi ini memberi tekanan kepada bekalan minyak masak paket bersubsidi di mana rata-rata rakyat mempersoalkan ketiadaan bekalan minyak masak paket bersubsidi yang sepatutnya disasarkan kepada golongan B40 dan sebahagian golongan M40 yang terdiri daripada 5.8 juta isi rumah yang layak.

Beliau yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat, menggesa kerajaan mewujudkan satu mekanisme yang adil dan telus agar penggunaan subsidi menjadi lebih bersasar.

“Wajar dan adil serta mengutamakan kebajikan rakyat tempatan untuk menangani kos sara hidup yang tinggi pada ketika ini.

“PAS juga menggesa Kerajaan Madani untuk membentangkan laporan audit kepada Parlimen oleh KPDN yang kini sedang mengaudit penjualan bekalan itu bermula dari peringkat pengilang dan pembungkusan semula bagi mengesan sebarang ketirisan dan penyelewengan terhadap pemberian subsidinya,” ujar beliau.

Ahli Parlimen Jerantut itu menyatakan, pada ketika ini, sebagaimana data yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada suku ke 4 tahun 2023, kuota pengeluaran minyak masak paket bersubsidi adalah sebanyak 60,000 metrik tan untuk sebulan sekali gus adalahmencukupi untuk keperluan rakyat tempatan – sama ada untuk kegunaan domestik atau perniagaan penjaja mikro yang ada di dalam negara ini.

“Berdasarkan perangkaan ini juga, keperluan penggunaan minyak masak domestik di rumah lazimnya hanya sekitar 4.5 kilogram sahaja manakala keperluan peniaga mikro yang menggunakan purata 400 paket sebulan bagi perniagaan kecil mereka seperti penjual pisang goreng, keropok lekor mahupun penjual karipap.

“Masalah timbul apabila pembelian minyak masak paket bersubsidi ini juga dijual kepada warga asing sama seperti seperti rakyat Malaysia dengan hanya tetapan pembelian di pasaraya besar sebanyak 3 paket maksimum bagi sebuah keluarga.

“Walaubagaimanapun, situasi sebenar adalah seorang warga asing boleh membeli 2 paket dan mereka pula tinggal serumah dengan jumlah bilangan yang ramai,”katanya.

Khairil Nizam berkata, dengan unjuran data jumlah pekerja asing shingga 30 September 2023 berjumlah lebih 2.7 juta orang, sudah tentu ini memberikan satu tekanan kepada bekalan minyak masak bersubsidi tersebut serta ditambah lagi dengan ketirisan penjualan minyak bersubsidi sememangnya dalam audit pihak kementerian.

“la lebih diburukkan lagi dengan situasi di mana ada restoran yang membeli secara pukal dan menyorok minyak masak paket ini shingga ketiadaaan bekalan sepertimana yang dilaporkan berlaku di beberapa negeri,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat