PM masa depan pun kekal Melayu-Islam, tak perlu pinda Perlembagaan – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Calon Perdana Menteri pada masa depan kekal daripada kaum Melayu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada keperluan untuk perlembagaan dipinda supaya hanya orang Melayu-Islam boleh menjadi Perdana Menteri.

Anwar berkata, calon Perdana Menteri sama ada dari kerajaan atau pembangkang pada masa hadapan adalah kekal daripada kaum Melayu.

“Setakat ini tiada keperluan (pindaan perlembagaan) permohonan serius untuk perbincangan (berkenaan).

“Sejak merdeka hingga sekarang, calon Perdana Menteri ialah Melayu. Selepas ini calon dari kerajaan pun Melayu, calon pembangkang juga Melayu.

“Jadi (kita) kena maju terus dan hak rakyat, semua warganegara kita harus pelihara. Jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum dan semua wilayah,” katanya di Bangi pada Jumaat, lapor BH.

Ketua Armada Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal semalam mencadangkan supaya Anwar Ibrahim meminda perlembagaan supaya hanya orang Melayu boleh menjadi perdana menteri.
Ia susulan kenyataan ahli politik veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang ‘Impian Malaysia’ yang diutarakannya kepada pelajar Malaysia di United Kingdom pada 29 November lalu dengan menyebut ‘tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri’.

Bekas Pengerusi DAP itu antara lain mengatakan Perlembagaan Malaysia pada 1957 mahupun selepas dipinda pada 1963 ketika Malaysia dibentuk, bersama-sama dengan Rukun Negara dan Wawasan 2020 berserta sembilan cabaran strategiknya, menjanjikan ‘Impian Malaysia’.

Impian berkenaan, katanya, meraikan kepelbagaian etnik, agama dan budaya, bukannya membawa satu impian untuk mana-mana satu etnik sahaja.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat