KL akan dibangunkan sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan KL20 berusaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang ke-2 bagi tahun 2023 bersetuju dengan cadangan Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan Malaysia berada pada kedudukan 20 teratas ekosistem syarikat pemula Global pada tahun 2030.

“Hari ini, saya telah mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Digital dan Revolusi Perindustrian Keempat Negara (MED4IRN) yang ke-2 bagi tahun 2023.

“Ia juga dihadiri Menteri-menteri Pengerusi Kluster dan inisiatif ekonomi digital serta ahli lantikan yang terdiri dari wakil sektor swasta, industri, akademik, kumpulan pemikir dan pertubuhan masyarakat sivil.

“Mesyuarat bersetuju dengan cadangan Pelan Tindakan KL20 yang menyasarkan Malaysia berada pada kedudukan 20 teratas ekosistem syarikat pemula Global pada tahun 2030. Pelan ini turut menggariskan usaha membangunkan Kuala Lumpur sebagai hab syarikat pemula dan digital serantau,” kata Anwar pada Jumaat.

Selain itu, jelas beliau mesyuarat turut membincangkan mengenai kedudukan ekosistem pembiayaan modal teroka yang merangkumi pembiayaan daripada sektor awam dan sektor swasta.

Dalam hubungan ini, penyedia dan pengurus dana modal teroka telah diminta untuk berganding tenaga dalam mengenal pasti usaha dan inisiatif untuk mengukuhkan ekosistem pembiayaan modal teroka untuk dipertimbangkan oleh kerajaan.

“Ini adalah penting untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital dan ekosistem inovasi di Malaysia,” kata Anwar.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat