KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan memastikan semua aduan terhadap MYAirline diambil tindakan dan diselesaikan seperti mana yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, MACPC) yang telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016.
Dalam jawapan bertulis Menteri Pengangkutan di Dewan Negara memaklumkan tindakan MYAirline yang menggantung operasinya dibuat secara tiba-tiba tanpa sebarang notis diberikan kepada penumpang serta kepada Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Jelas beliau, berhubung dengan bantuan kepada pelanggan yang terkesan ekoran penggantungan operasi MYAirline, MAVCOM akan memastikan semua aduan terhadap MYAirline diambil tindakan dan diselesaikan seperti mana yang ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, MACPC) yang telah diperkenalkan dan dikuatkuasakan mulai 1 Julai 2016.
“Berdasarkan Perenggan 12 MACPC, para penumpang yang terjejas hendaklah ditawarkan bayaran balik (refund) dalam masa 30 hari pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi, bagi sebahagian atau bahagian-bahagian perjalanan yang tidak dilaksanakan.
“Pihak MAVCOM sedang memantau situasi ini dengan rapat dan a k a n memastikan s e m a aduan serta isu yang dibangkitkan oleh penumpang yang terjejas disebabkan penggantungan operasi MYAirline dapat diselesaikan sepenuhnya. MYAirline telah memberi jaminan kepada MAVCOM bahawa mereka akan menunaikan kewajipan untuk membuat bayaran balik kepada penumpang yang terjejas,” katanya.
Selain itu ujarnya, pihak MAVCOM juga telah mengadakan perbincangan bersama pihak Bank Negara Malaysia berkenaan isu pembayaran balik kepada pelanggan yang terjejas dalam hal ini.
“Dalam hal ini, pihak Bank Negara Malaysia telah mengesahkan bahawa bagi penumpang yang telah membeli tiket melalui kad kredit, kad debit dan “direct debit” (FPX), penumpang boleh menuntut pembayaran balik melalui proses caj balik
(chargeback) dengan menghubungi bank atau pengeluar kad debit atau kad kredit mereka.
“Di samping itu juga, bagi pengguna yang membeli tiket penerbangan dengan ejen pelancongan dan ejen pelancongan dalam talian, bayaran balik adalah tertakluk kepada terma dan syarat tiket penerbangan yang ditempah melalui ejen pelancongan.
“Bagi penumpang yang telah membeli insurans perjalanan MYAirline, penumpang boleh menyemak dengan Zurich Malaysia, penyedia insurans perjalanan MYAirline mengenai terma dan syarat insurans perjalanan yang telah dibeli. Zurich Malaysia juga menawarkan pembayaran muhibah bagi mereka yang telah membeli insurans perjalanan dengan mereka,” jelasnya.
Manakala bagi pekerja-pekerja MYAirline yang kehilangan pekerjaan dan mempunyai gaji tertunggak, perkara ini sedang diteliti oleh Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
“Pekerja yang terjejas disebabkan oleh penggantungan operasi MYAirline dijangka menerima manfaat Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan manfaat Elaun Mencari Pekerjaan (EMP), tertakluk kepada penelitian dan semakan oleh pihak PERKESO.
” Setakat ini, PERKESO telah menerima permohonan SIP daripada 533 orang pekerja MYAirline dan 277 orang telahpun diluluskan permohonan mereka,” katanya.
Beliau menjawab Senator Datuk Mohd. Hisamudin Yahaya kepada Menteri Pengangkutan menyatakan apakah langkah atau strategi yang telah diambil oleh Kementerian dalam memastikan pengguna yang telah membeli tiket penerbangan MyAirline dipulangkan dengan kadar segera dan apakah yang akan berlaku kepada pekerja-pekerja MYAirline yang telah kehilangan pekerjaan dan juga gaji yang tertunggak.
“Untuk makluman, MYAirline Sdn. Bhd. (MYAirline) telah menggantung operasinya pada 12 Oktober 2023. Berdasarkan data terkini yang diterima daripada MY Airline, penggantungan operasi ini telah menjejaskan 117,461 penumpang yang telah pun membeli tiket penerbangan yang ditawarkan oleh syarikat tersebut bagi tujuh laluan domestik dan dua laluan antarabangsa iaitu Kuala Lumpur-Pulau Pinang, Kuala Lumpur-Kota Bharu, Kuala Lumpur-Langkawi, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Tawau, Kuala Lumpur-Kuching, Kota Kinabalu-Tawau dan Kuala Lumpur-Suvarnabhumi (Bangkok) dan
Kuala Lumpur-Don Mueang (Bangkok), Thailand. Jumlah harga tiket yang telah dijual shingga bulan Mac 2024 adalah sebanyak RM 22,090, 184.
Tindakan MYAirline yang menggantung operasinya dibuat secara tiba-tiba tanpa sebarang notis diberikan kepada penumpang serta kepada Kementerian Pengangkutan dan agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan iaitu Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).