Najib positif Covid-19, kuarantin di HKL

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan dijangkiti Covid- 19 pada Rabu.

Pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib Razak dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur pada Selasa selepas beliau mengadu demam.

Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, Najib didapati positif Covid-19.

Dilaporkan Najib berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin dan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mukhlis mewakili keluarga Najib berterima kasih kepada pihak penjara khasnya Penjara Kajang dan Hospital Kuala Lumpur di atas tindakan pantas memberi rawatan.

Pada 23 Ogos tahun lalu, buat pertama kalinya dalam catatan sejarah negara, Najib menjadi bekas Perdana Menteri pertama dipenjarakan selama 12 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan kes menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat