Kolaborasi antara Sixth Sense dan Andra & The Backbone di atas satu pentas yang akan berlansung pada 1 Disember yang akan bertempat di Zepp Kuala Lumpur.
Konsert anjuran Qew Communication yang diberi judul ‘Andra & The Backbone Sempurna Di Kuala Lumpur’ akan menjadi kolaborasi antara2 band nusantara iaitu Malaysia dan Indonesia, walaupun berbeza negara tetapi perjuangan mereka di dalam industri muzik adalah sama.
Sixth Sense yang di barisi oleh 6 orang pemuzik iaitu Adi Priyo Sambodo, (Adi) selaku vokalis, pemain dram, Safuan Hasnan, (Wan), pemain bass Mohd Fairos, (Ayoy), pemain gitar Shahrul Effend, (Atan) dan pemain gitar Mohd Zairul Azreen Shah (Harry)
Band yang diilhamkan oleh Allahyarham Mujahid Wahad ini punyai tarikan tersendiri kerana ianya menggabungkan ‘tenaga’ Malaysia dan Indonesia. Nama Sixth Sense mula meniti bibir para peminat muzik tempatan setelah kejayaan lagu Tanpa, Khatimah Cinta, Tak Bisa Memilihmu, Yang Sempurna Kaku dan sebagainya.
Meskipun begitu Sixth Sense sebenarnya menempa nama menerusi single pertama berjudul Hari Ini dan Semalam. Biarpun hanya memberi nafas yang lebih segar lagu nyanyian J. Mizan itu, ternyata mereka berjaya mencipta fenomena menerusi lagu tersebut.
Usia Sixth Sense kini menjangkau 20 tahun berada di persada seni, pastinya pelbagai pengalaman telah mereka tempuhi, malah sejak ditubuhkan band yang bergenrekan progresif pop rock ini memiliki 5 buah album.
Untuk rekod 6ixth Sense pernah mencetuskan fenomena luar biasa apabila album pertama pada 2006 berjaya terjual lebih 100,000 unit selain lebih dua juta muat turun secara digital menerusi empat buah album studio. Jadi tidak hairanlah mengapa layak untuk berada satu pentas bersama Andra & The Backbone.
Peminat khususnya ‘Sixth Lovers’ boleh mendapatkan tiket berharga RM169 (CAT 1), RM139 (CAT 2), RM289 (CAT 3), RM229 (CAT 4) dan RM4,000 (VIP). Tiket telah mula bermula 12 Oktober lalu di myticket.asia