Pemakaian Pelitup Muka Tidak Lagi Wajib Di Masjid, Surau Di Perlis

- Advertisement -

ARAU – Pemakaian pelitup muka di masjid dan surau seluruh negeri ini tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta merta.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagaimanapun, pemakaian pelitup muka tersebut masih digalakkan bagi mereka yang bergejala dan mengalami risiko dijangkiti Covid-19.

“Arahan tersebut selaras dengan perkembangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkaitan pandemik Covid-19 yang semakin mereda tahun ini.

“Ia juga selari dengan penurunan kes dan kadar vaksinasi serta pengumuman kelonggaran SOP pemakaian pelitup muka yang diumumkan Kementerian Kesihatan berkuat kuasa 5 Julai 2023,” titah baginda menerusi kenyataan hari ini.

Menerusi kenyataan itu, baginda turut menyampaikan titah penghargaan daripada Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid kepada seluruh rakyat kerana sentiasa memberikan kerjasama kepada Majlis Agama Dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta agensi-agensi bersamanya dalam membantu mengekang penularan wabak Covid-19 di negeri ini. – Utusan

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat