Pengundi Selangor tidak ‘totok’ tapi PH sukar ulangi kemenangan besar 2018 – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) tetap akan menang selesa di Selangor tetapi untuk mengulangi kemenangan besar seperti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 ia menjadi misi sukar untuk diulangi.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui, pengundi di Selangor sangat sofistikated untuk memahami asas pembentukan Kerajaan Perpaduan.

Kata Naib Presiden PKR itu lagi, kestabilan juga satu perkara yang penting dalam penilaian pengundi di Selangor kerana mereka merasai situasi premium sejak 2018 sehingga 2022 memandangkan sudah beberapa siri perubahan telah dilalui di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

“Kami yakin untuk Selangor ini kita menang tetapi kita tidak ambil mudah sebab pengundi-pengundi di Selangor mereka tidak ‘totok’.

“Mereka rasa nak bagi (undi), mereka bagi, kalau mereka rasa tak nak, dia tak nak.

“Saya selalu pesan kepada teman-teman we are the establishment in Selangor, tak ada kaitan dengan Kerajaan Perpaduan di pusat tetapi kita dah ada di sana sejak 2008 sewaktu mula-mula menang.

“Kita dah lama jadi kerajaan di sana tapi kita tak boleh ambil mudah pengundi-pengundi di Selangor tetapi perkara kedua yang mungkin nanti orang akan tafsirkan macam-macam ya lah dulu kita dah menang 51 kerusi 2018, very high standard- gelombang pantai barat,” kata Nik Nazmi dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik pada petang Selasa.

Menurut beliau keputusan gemilang dicapai PH pada 2018 memang sukar diulangi pada PRN kali ini.

“Saya akui sukar untuk kita ulangi keputusan tersebut, tapi kita masih akan menang selesa di Selangor,” yakin Ahli Parlimen Setiawangsa itu lagi.

Dalam pada itu, Nik Nazmi menjelaskan pengaruh PH di Selangor menyamai pengaruh PAS di Pantai Timur.

“Selangor terbalik dengan pantai timur, Selangor ini menjadi kubu kepada PH.

“Oleh sebab itu PKR diberi leading role di Selangor, saya yakin, pengundi akan bagi mandat,” tegas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat