Jika Umno ‘bungkus’ dalam PRN, PH tak akan singkir mudah – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sekiranya Umno berdepan kekalahan buruk dalam Pilihan Raya di enam negeri Ogos ini, Pakatan Harapan (PH) memberi keyakinan untuk tidak sewenang-wenangnya menyingkirkan parti gabungan yang membentuk Kerajaan Perpaduan itu.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad malah berkata, beliau yakin Umno juga ada kekuatannya tersendiri dan membantu fungsi dalam Kerajaan Perpaduan

Dalam podcast Keluar Sekejap yang dimuat naik petang Selasa, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bertanya kepada Nik Nazmi “sekiranya dalam PRN ini Umno bungkus, maksudnya Umno liabiliti adakah Pakatan Harapan (PH) bersedia untuk singkir Umno?

“Tidak semudah itulah, sebab saya tidak begitu negatif terhadap Umno…seperti saudara KJ.

“Saya yakin Umno ada kekuatannya, suasana politik mencabar. Kami pun perlu memperkuatkan parti kami tetapi saya rasa ia takkan semudah itu lah (singkir Umno),” balas Naib Presiden PKR itu.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji tidak akan meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendirian, sebaliknya akan terus bersama untuk melaksanakan visi dan misi dalam menerajui negara.

Zahid turut berjanji menjalankan tanggungjawab serta mendokong segala hasrat Perdana Menteri, terutama dalam mensifarkan kemiskinan tegar yang masih berlaku dalam kalangan rakyat.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, menyifatkan Anwar menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri dengan sangat baik dan bekerja dengan laju, sekali gus memberi banyak manfaat kepada masyarakat.

“Semua yang dijanjikan ini bukan hanya retorika politik. Kami di pihak kerajaan melaksanakan dengan penuh iltizam kerana apa yang mahu dilakukan Anwar adalah terjemahan falsafah prinsip beliau sejak hampir 30 tahun lalu.

“Selain itu, kita juga harus melihat pemimpin dan ulama bergabung serta saling bekerjasama yang mana setiap nasihat yang diberikan perlu berlandaskan al-Quran dan hadis.

“Justeru, kami mendokong cita-cita Perdana Menteri dalam memperkukuhkan budaya serta agama tanpa mengetepikan agama lain,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat