Lupus hutang peneroka: Muhyiddin bukan lagi PM 2022 untuk tandatangan geran tahunan Felda – Marzuki

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sempat untuk menandatangani geran tahunan untuk Felda selepas melupuskan hutang peneroka.

Bekas Ketua Setiausaha Sulit Muhyiddin, Datuk Dr Marzuki Mohamad menjelaskan, pelupusan hutang peneroka kepada Felda selesai pada 2021 tetapi geran tahunan kepada Felda pula paling awal bermula 2022.

” Saya dah malas nak ulas pasal isu Felda ni. Tapi bila baca kenyataan-kenyataan Datuk Seri Shabery Chik, Fahmi Fadzil dan lain-lain, saya rasa macam saya kena jawab.

“Mereka kata Tan Sri Muhyiddin tak tandatangan geran untuk Felda sebanyak RM990 juta setahun. Itulah kesilapan Muhyiddin. Lupus hutang peneroka tapi tak bagi duit kepada Felda.

“Mereka ni lupa kot. Selesai lupus hutang tahun 2021. Maka geran tahunan kepada Felda paling awal pun bermula tahun 2022. Muhyiddin terpaksa berhenti tahun 2021 sebab digoncang oleh puak-puak depa.

“Macam mana Muhyiddin nak sediakan geran tahunan kepada Felda untuk tahun 2022, 2023, 2024 dan seterusnya kalau dia dah berhenti tahun 2021? Ini saya nak minta Menteri Komunikasi tolong jawab,” gesa Marzuki dalam hantarannya di Facebook pada Jumaat.

Selain itu, beliau juga mengingatkan bahawa Presiden Bersatu itu tidak pernah memegang portfolio Menteri Kewangan.

“Satu lagi, yang nak sediakan geran tahunan kepada Felda ni Kementerian Kewangan. Muhyiddin Menteri Kewangan ke?

“…yang ini saya kena ulas sikit mengenai Akta Fungsi Menteri. Di bawah akta ini, setiap menteri ada bidang kuasa masing-masing. Perdana Menteri tak ada kuasa untuk buat apa-apa perkara yg berada di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan.

“Jadi sesiapa sahaja yang jadi Menteri Kewangan pada masa yang berkenaan mesti sediakan geran tahunan kepada Felda kerana itu adalah komitmen kerajaan. Bukan komitmen peribadi,” ujar beliau lagi.

Kata Marzuki, sukuk yang diterbitkan itu pun berjaminan kerajaan.

“Maknanya, kalau Felda tak mampu bayar balik sekalipun, kerajaan jugalah yang mesti bayar.

“Jadi sebenarnya tak ada apa isu pun berkaitan geran tahunan kepada Felda ini,” jelasnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat