Orang Ramai Dijemput Hadir Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia 2023

- Advertisement -

CYBERJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menjemput orang ramai hadir ke Hari Bertemu Pelanggan Jabatan Imigresen Malaysia 2023 (HBPJIM 2023) yang akan diadakan di ibu pejabat agensi itu di Putrajaya bermula 17 Julai ini.

“Bersempena dengan Sambutan Hari Imigresen 2023, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan JIM 2023 (HBPJIM) bermula 17 hingga 21 Julai 2023.

“Program ini akan berlansung sepanjang tarikh berkenaan kecuali pada 19 Julai 2023 kerana merupakan cuti umum Sambutan Awal Muharam.

“Sehubungan dengan itu, orang ramai adalah dijemput hadir ke HBPJIM yang dijalankan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 5 petang,” kata kenyataan media jabatan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, antara perkhidmatan yang akan ditawarkan di HBPJIM ini ialah pertanyaan, semakan dan khidmat nasihat semua urusan Imigresen termasuk semakan senarai hitam.

Turut akan disediakan perkhidmatan kaunter permohonan MyOnline Passport, kaunter Visa, Pas dan Permit, kaunter Pekerja Asing, kaunter Khidmat Ekspatriat, kaunter Bahagian Penguatkuasaan dan kaunter Bahagian Keselamatan & Pasport pada hari tersebut.

“Selain daripada itu, turut dibuka kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Pendaftaran Negara (JPJ), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Tabung Haji, CUEPACS dan pemeriksaan kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pengunjung juga boleh membeli belah barangan dan cendeharati melalui jualan di booth Koperasi Imigresen Malaysia (KOPRIMA), Kelab Bolasepak Imigresen (IFC), PUSPANITA, AADK, dan lain-lain gerai jualan.

“Pengunjung HBPJIM berpeluang mendapatkan cenderahati eksklusif JIM secara percuma semasa pendaftaran kehadiran.

“Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyertai acara-acara sampingan seperti kuiz, pertandingan sepak penalti IFC dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah motosikal, basikal, televisyen LED, jersi dan barangan eksklusif IFC,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut dan terkini berkenaan progam HBPJIM2023 ini melalui akaun media sosial rasmi JIM.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat