Tengku Zafrul Untuk DUN Sungai Kandis, Usah Terima Pencalonan Kawasan Lain – Pemuda Umno Kota Raja

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ditawarkan untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis.

Cadangan itu disuarakan Ketua Pemuda Umno Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin.

Tengku Zafrul juga diberikan peringatan itu menolak pelawaan pencalonan di kawasan lain.

“Pemuda juga berharap sebagai Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Tengku Zafrul akan menolak sebarang pencalonan di luar Parlimen Kota Raja.

“Kami khuatir menjadi calon ‘payung terjun’ di kawasan lain hanya akan menjejaskan jentera parti di Kota Raja dan juga jentera parti di tempat baharu beliau.

“Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran,” pesan Zaffarollah dalam hantaran di Facebooknya malam ini.

Mengulas lanjut, Pemuda Umno Kota Raja berharap Tengku Zafrul diberi peluang oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding di bahagian Kota Raja dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor Ogos depan.

“Pengalaman dan kebolehan Tengku Zafrul dalam bidang pentadbiran dan kewangan telah terbukti sejak memimpin CIMB, Kementerian Kewangan dan kini Menteri Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

“Kehadiran beliau di peringkat DUN bukan sahaja akan memberi nilai tambah kepada pentadbiran PH-BN di Selangor tetapi juga akan membantu memperkukuhkan semula Barisan Nasional (BN) Selangor,” seru beliau.

Malah turut diingatkan, “di mana bumi dipijak, di situ seharusnya langit dijunjung”.

Zaffarollah juga menegaskan pucuk pimpinan parti wajar memberi peluang Tengku Zafrul bertanding di kawasan DUN Sungai Kandis yang merupakan sebahagian daripada Parlimen Kota Raja.

“Pemuda menyerahkan kepada kebijaksanaan Pucuk pimpinan BN untuk berbincang dengan Perdana Menteri bagi melakukan ‘swap’ kawasan.

“Pemuda percaya Tengku Zafrul seorang yang berjiwa besar dan boleh terus bekerja untuk kemenangan PH-BN di Selangor sekiranya tidak dicalonkan.

“Peranan dan tanggungjawab Tengku Zafrul penting dalam membantu calon-calon PH-BN mendapat kemenangan seratus peratus dalam Parlimen Kota Raja,” seru beliau lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat