Ahmad Zahid perlu taubat nasuha, tinggalkan arena politik – Sanusi

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Mohd Noor dalam kenyataan balasnya meminta Presiden UMNO juga melakukan taubat nasuha 48 kali atas kerosakan di bawa Presiden UMNO kepada rakyat negara ini.

Kata Sanusi, Ahmad Zahid juga perlu meninggalkan arena politik.

“Saya bersetuju dan berterima kasih di atas nasihat supaya bertaubat nasuha yang sememangnya dianjurkan kepada mana-mana orang yang menyesali dosa yang telah dilakukan.

“Saya juga ingin menasihatkan beliau bertaubat nasuha 48 kali dan meninggalkan arena politik tanahair dia atas kerosakan yang dibawa oleh beliau kepada rakyat negara ini.” tulis beliau di media sosialnya.” Katanya.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dinasihat melakukan taubat nasuha dan tidak menjadikan semua perkara sebagai bahan kempen yang merosakkan diri sendiri.

Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata politik bukan bahan lawak atau gurauan dan tidak perlu bagi beliau berbahas dengan individu tidak bijaksana dalam mentafsir fakta dan auta.

“Politik ini bukan bahan lawak, bukan bahan untuk bergurau, fakta adalah fakta.

“Bagaimana Perikatan Nasional (PN) dititah mengadap (Yang di-Pertuan Agong), begitu juga Pakatan Harapan (PH) dititah mengadap.

“Selepas itu saya mewakili Barisan Nasional (BN) bersama dua rakan lain serta Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kalau itu satu tuduhan oleh seorang yang mengetuai kerajaan negeri dan pegangannya adalah Islam, saya harap taubat nasuha diutamakan oleh beliau supaya tidak semua perkara dijadikan bahan kempen yang akhirnya merosakkan diri sendiri,” katanya lapor BH di Putrajaya pada Khamis.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat