Tuntut DAP mohon maaf akan bagi kesan undian PRN – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Isu permohonan maaf yang dituntut oleh Pemuda Umno kepada DAP tidak akan berakhir dan ia akan berlanjutan sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan, isu tuntutan permohonan maaf itu akan memberi kesan kepada undian pengundi Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) dan pengundi PH kepada BN.

“Kesan pengundi BN kepada PH dan pengundi PH kepada BN, kerana kita kena ingat PH dan BN telah bersetuju untuk tidak bertembung dalam PRN yakni satu calon BN-PH lawan Perikatan Nasional (PN).

“Adakah pengundi asal BN akan bagi undi kepada PH? Saya berpendapat kemungkinan itu berlaku adalah jauh lebih rendah, PH boleh bagi undi kepada BN sebab mereka tak ada pilihan memandangkan PN dianggap sebagai ancaman kepada gaya hidup mereka.

“Tapi bagi pengundi kepada Umno-BN dia tak ada masalah bagi kepada PN itu adalah gagasan politik Melayu.

“Jadi saya rasa bila tak selesai isu DAP-Pemuda umno itu ia akan diterjemahkan dalam peralihan sokongan mungkin akan wujud kebocoran 50 peratus,” kata Khairy dalam podcast Keluar Sekejap pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairy juga tidak menolak berlakunya situasi tidak selesa di kalangan akar umbi Umno dengan aturan dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ground Umno (akar umbi) di PAU masih tak selesa dengan aturan Kerajaan Perpaduan.

“Tak tolak tapi sangat tak selesa,” katanya lagi.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan malah mengkritik justifikasi Umno kepada akar umbi berkenaan Kerajaan Perpaduan masih tidak selesai.

“Perkara ini tak selesai lagi, PH nak guna jentera BN untuk PRN nanti pun macam ada masalah nanti.

“Serangan pimpinan Umno tak akan berakhir, ia akan diteruskan, risikonya populariti dalaman Umno,” katanya.

Pada PAU 2023, Pemuda Umno menuntut DAP memohon maaf namun DAP berpendirian untuk melupakan kisah silam.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat