Tak Perlu Merangkak Terima Semula Mereka Yang ‘Keluar Sekejap’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Jika ada mana-mana pemimpin dan ahli Umno yang berhajat berpaling tadah juga mengkhianati Umno dengan alasan parti Melayu ini sudah tidak relevan dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dipersilakan keluar sekarang tidak perlu tunggu lama-lama.

Gesaan itu disuarakan Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim.

“Ada dikalangan ahli dan pemimpin yang telah berpaling tadah dan meninggalkan perjuangan ini. Mungkin juga ada yang sedang menghitung hari untuk mengkhianati parti untuk mencari tempat, jawatan dan habuan dari pihak sebelah sana dengan alasan Umno sudah tidak relevan, akan bungkus dan tiada harapan jika terus dipimpin oleh Datuk Seri Presiden kita.

“Lebih-lebih lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri akan berlangsung dalam masa yang terdekat. Jika ada sesiapa yang berhajat, dipersilakan keluar sekarang, tak perlu tunggu lama-lama.

“Ada yang nak keluar sekejap ker, keluar lama ker atau keluar terus ker biarkanlah; kita “move forward” dan terus fokus dengan ahli-ahli yang masih setia seperti yang berada di dalam dewan keramat ini yang kita anggap sebagai “pejuang parti sejati” untuk kita bersama membina parti yang telah rosak,” katanya ketika perbahasan pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL pada Sabtu.

Sebagai pemimpin baru, beliau akui sedih melihat betapa nipisnya nilai dan jati diri mereka dalam perjuangan parti.

“Nasihat saya kepada Datuk Seri Presiden Umno dan kepimpinan baru kita tak perlu “merangkak” atau “merayu” kepada mereka yang telah mengkhianati perjuangan kita.

“Seorang ahli parti yang setia, apabila Datuk Seri Presiden telah menentukan hala tuju parti untuk bersama dengan PH selepas PRU15 kita perlu bersama dokong dan sokong, walaupun kadang-kadang ada keputusan yang dibuat pada hari ini mungkin tidak semestinya betul, tepat atau akan terbukti kebenarannya.

“Ia mungkin perlu mengambil sedikit masa atau tempoh tertentu untuk membuktikan kebenaran, lebih-lebih lagi perkara yang sudah menjadi turun temurun dan susah untuk kita terima kerana ada sifat sentimental, tradisi dan yang paling kritikal bila ada kalangan kita bersifat “narrow minded”,” tegas beliau lagi.

Kredit foto: FB

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat