- Advertisement -
KUALA LUMPUR – Dr Muhamad Akmal Saleh memperoleh majoriti bergaya dalam pemilihan Ketua Pemuda Umno untuk sesi 2023-2026.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, ADUN Merlimau itu sudah memperoleh 102 undi daripada keseluruhan 191 bahagian.
Angka itu diumumkan pendahulunya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di akaun Instagramnya.
“Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno untuk sesi 2023-2026.
“Setakat ini undi yang diperolehi 102 bahagian, melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian, tahniah, “ ucap Asyraf.
Manakala, Datuk Shahar Abdullah memperoleh 15 undi dan Armand Azha pula mendapat 6 undi bahagian.