Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Surau

- Advertisement -

SUNGAI KOYAN – Pemaju perumahan di Pahang perlu menyediakan surau di kawasan projek yang baharu dibina.

Itu antara syarat dicadangkan kerajaan negeri yang akan dibincangkan lebih lanjut dalam masa terdekat.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, satu kaedah akan dicari bagi memastikan syarat itu dapat dikuatkuasakan.

“Selepas ini mungkin kita akan letakkan salah satu syarat kepada pemaju untuk membina surau dalam kawasan projek yang mereka sedang buat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis penyerahan kunci projek PR1MA Pahang Perumahan Makmur Kuala Lanar, dekat Lipis, hari ini.

Turut disampaikan pada majlis sama ialah sumbangan mengimarahkan Ramadan untuk kawasan berkenaan.

Majlis turut dihadiri Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, Datuk Seri Johari Harun.

Terdahulu ketika berucap pada majlis itu, Wan Rosdy mengumumkan kelulusan peruntukan RM200,000 untuk pembinaan surau di projek berkenaan.

Beliau turut memaklumkan kerajaan Pahang akan mengumumkan tidak lama lagi perubahan reka bentuk Rumah Rakyat Pahang (RRP) yang dikendalikan kerajaan negeri.

“Kenaikan kos bahan binaan memang akan menjejaskan keuntungan kepada pemaju, terutamanya yang menjalankan projek RRP.

“Saya pun dah berbincang dengan Datuk Johari berkaitan perkara ini, nanti kita akan umumkan, mungkin ada sedikit perubahan ‘design’ dan sebagainya,” katanya.

Projek RRP dimulakan pada tahun 2020 oleh Wan Rosdy bagi membantu lebih ramai rakyat di negeri ini yang tidak mampu memiliki kediaman sendiri.

Melalui projek ini, mereka yang layak akan menerima rumah bernilai antara RM65,000 hingga RM75,000 secara percuma.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat