Kerusi Panas Naib Presiden Umno

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Saingan bagi jawatan Naib Presiden Umno menjadi tumpuan pada pemilihan Umno kali ini, selepas dua jawatan utama, Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Terbaru, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menawarkan diri untuk merebut jawatan Naib Presiden Umno pada Pemilihan Umno bagi penggal 2023-2026.

Menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno itu, dengan usia, komitmen dan pengalaman yang ada beliau yakin dapat membantu seluruh kepimpinan dari pusat, negeri, bahagian dan cawangan untuk membina semula parti Umno.

Setakat ini difahamkan sudah beberapa tokoh pimpinan Umno menawarkan diri untuk merebut jawatan itu dan juga mempertahankan jawatan berkenaan.

Pimpinan Umno yang mengemukakan hasrat sama ialah Datuk Seri Johari Abdul Ghani, selain penyandang iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Manakala Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih belum membuat keputusan.

Selain pemimpin-pemimpin itu, turut dikhabarkan dijangka mengemukakan pencalonan bagi jawatan Naib Presiden, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Selain itu, Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad, juga dikatakan mengintai peluang sama.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat