Siasatan SPRM Kes LCS Masih Berjalan – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kes projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) oleh masih berjalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata beberapa kertas siasatan sudah dibuka dan keterangan daripada pelbagai pihak perlu diperoleh termasuk dari luar negara.

“Bagaimanapun, terdapat kertas siasatan yang sudah lengkap, yang mana seorang bekas Panglima Tentera Laut Malaysia (TLDM) sudah dituduh dengan tiga pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan pada 18 Ogos 2022,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Saad @ Yahaya (PN-Pokok Sena) mengenai perkembangan siasatan LCS.

Selain itu, Azalina memaklumkan, SPRM turut mengemukakan Surat Makluman Penyiasatan (SMP) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk tindakan sewajarnya bagi menutup ruang dan peluang berlakunya perbuatan rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan ke atas projek LCS.

“SPRM juga masih lagi dalam tindakan melaksanakan pemeriksaan untuk penambahbaikan tata kelola berkaitan dengan perolehan oleh kementerian,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat