Permaisuri Agong meriahkan konsert Ungu

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Kumpulan rock popular Indonesia, Ungu teruja apabila konsert mereka Ungu “26th Anniversary” Concert Live in Malaysia 2022 yang berlangsung malam tadi turut ditonton tetamu Diraja, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Tunku Azizah mencemar duli apabila hadir menonton bersama beberapa puteri baginda.

“Ditonton oleh Permaisuri…wah sesuatu yang tidak disangka. Ungu sangat bersyukur.

“Tidak sombong Ungu ini. Yang penting (kehadiran) Permaisuri Agong bukan main-main betul tak,” kata vokalisnya Pasha disambut dengan tepukan gemuruh lebih 3,000 penonton yang hadir.

Tidak ketinggalan hadir ialah legenda rock negara Datuk Amy Search. Beliau turut menjadi mangsa usikan Pasha yang spontan menyanyikan lagu Isabella dan turut sama dinyanyikan Amy dan penonton di bawah pentas.

Ungu yang dianggotai oleh Pasha (vokalis), Enda (pemain gitar), Oncy (pemain gitar), Makki (bass) dan Rowman (drum) melahirkan perasaan gembira dapat kembali semula mengadakan persembahan di Malaysia. Konsert anjuran Star Planet berlangsung selama dua malam termasuk malam ini di Star Convention Center, Menara PGRM, Kuala Lumpur.

Menerusi persembahan pertama selama dua jam malam tadi, Ungu menyanyikan 20 lagu termasuk lagu-lagu popular mereka seperti Kekasih Gelap, Tercipta Untukku dan Demi Waktu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat