Zuraida Sertai Muafakat Nasional – Annuar Musa

- Advertisement -

CYBERJAYA – Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan pemimpin Parti Bangsa Malaysia (PBM), Datuk Zuraida Kamaruddin telah menyertai NGO, Muafakat Nasional yang diketuainya, lapor FMT.

“Terima kasih juga kerana menyertai Muafakat Nasional,” katanya.

Terdahulu, Sabtu lalu, Annuar mengumumkan NGO itu membuka permohonan keahliannya seminggu lebih awal atas permintaan ramai.

Menurutnya, NGO itu berperanan merapatkan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan ummah serta mengukuhkan sistem politik, berdasarkan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Memetik laporan sama, Annuar berkata, beliau turut melawat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana.

Katanya, beliau bertukar pandangan dengan pengerusi Pejuang itu dalam pertemuan berkenaan.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat