Kasut LV pemberian Sultan Johor, kata Anwar

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana MENTERI, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, kasut jenama Louis Vuitton yang dipakainya baru-baru ini adalah hadiah pemberian daeipasa Sultan Johor.

Dalam ciapan di Twitter lewat malam tadi, Anwar berkata dia menerima hadiah berkenaan dua tahun lalu.

Anwar menjelaskan perkara itu selepas terdapat dakwaan daripada pengguna Twitter yang menggunakan nama @NaratifRakyat.

Pengguna Twitter itu menulis, meskipun Anwar enggan menggunakan kereta Mercedez Benz S600 milik kerajaan, namun Perdana Menteri itu memakai sepasang kasut LV Major Loafers yang berharga RM5,500.

“Ia pemberian Tuanku Sultan Johor dua tahun yang lalu. Saudara nak persoal saya tidak mengapa, tapi jangan bawa naratif fitnah,” tulis Anwar.

Selain itu, pakaian Ahli Parlimen Tambun tersebut turut menjadi tumpuan sebelum ini selepas beliau memakai baju Melayu dan sepasang capal yang dibuat di Kepala Batas, Pulau Pinang pada hari pertama hadir ke pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Anwar sebelum ini memberitahu, beliau menolak untuk menggunakan kereta Mercedez Benz S600, yang dibeli oleh pentadbiran terdahulu dan dilaporkan menelan kos RM1 juta sebagai langkah untuk membudayakan penjimatan kerajaan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat