- Advertisement -
“Saya berasa berbesar hati dan terharu dijemput sebagai penyanyi undangan oleh pihak Padi Reborn dan Qew Comm untuk sama-sama meraikan ulang tahun ke 25 dalam Konsert Padi Reborn 25 Years Live In Kuala Lumpur.
Seingat saya, kami belum pernah berkolaborasi dalam mana-mana konsert atau persembahan namun pernah berkongsi pentas yang sama dalam sebuah acara tahun baru di Yogyakarta pada tahun 2018.
Saya berharap para peminat akan dapat datang dan sama-sama menyaksikan kerjasama perdana kami dalam konsert ini kelak. Tentang lagu, perlu tunggu dan lihat kerana ini juga elemen surprise buat para peminat.
Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan.”