Dr Maza Terkesima Pengakuan Ahli Politik Nak Menang PRU Elak Tuduhan Rasuah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, beliau terkesima mendengar ucapan seorang ahli politik yang membuat pengakuan ingin menang pilihan raya hanya untuk mengelakkan dari tuduhan rasuah.

Bagaimanapun, Mohd Asri tidak menyatakan nama ahli politik tersebut.

“Terkesima mendengar, bagaimana secara terang orang politik boleh mengaku tujuan untuk menang PRU adalah bagi mengelakkan kes rasuah mereka dibicarakan di mahkamah.

“Jika itu berlaku, negara ini akan jadi syurga rasuah,” ciapnya di Twitter.

Kenyataan Mohd Asri itu dibuat ketika Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terpalit kontroversi susulan ucapannya dalam perhimpunan agung tahun MIC pada Isnin lalu.

Ucapan Ahmad Zahid baru-baru ini mengundang perhatian ramai setelah Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyebut satu persatu kepimpinan BN yang mungkin menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya parti itu tewas lagi.

Namun, Ahmad Zahid yang juga pengerusi BN hari ini menyalahkan musuh politik gabungan itu sebagai punca ucapannya “diputar belit” untuk mengelirukan orang ramai.

Kata Ahmad Zahid, ucapannya itu sebenarnya merujuk kepada pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih di mahkamah.

author avatar
Zulaikha Zulkifli
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat