Suraya Yaacob Letak Jawatan Exco Kedah

- Advertisement -

CYBERJAYA: Exco Kedah, Datuk Suraya Yaacob mengumumkan peletakan jawatan sebagai exco kerajaan negeri itu hari ini.

“Saya Suraya Yaacob dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim dan rela hati meletakkan jawatan sebagai exco kerajaan negeri Kedah berkuat kuasa serta-merta” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Adun Sungai Tiang itu yang merupakan satu-satunya exco daripada UMNO berkata, dia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sultan Kedah Sultan Salehuddin Sultan Badlishah atas perkenan melantiknya ke jawatan berkenaan sebelum ini.

“Antara pengalaman berharga saya pada penggal ini adalah membantu menyediakan sumber air tambahan buat rakyat Kedah melibatkan dua takungan air pinggiran sungai (Taps) dibangunkan untuk kegunaan menakung air lebihan yang melimpah di musim tengkujuh untuk digunakan pada musim kemarau.

“Paling mencabar sudah tentu saya dan rakan-rakan bertungkus-lumus menghadapi banjir kepala air di daerah Yan dan Baling, tragedi ban pecah di Sungai Santap dan krisis air di musim kemarau pada 2021.

“Namun alhamdulillah, berkat kesabaran, keikhlasan dan jati diri selaku anak jati Kedah, saya yakin diri ini telah memberikan sepenuh komitmen dan bekerja keras sedaya mungkin sebagai exco Kedah, sebagaimana yang diamanahkan,” katanya yang juga exco kerja raya, bekalan dan sumber air dan tenaga.

Bagaimanapun Suraya tidak menyatakan alasan atau faktor yang mendorong dia meletakkan jawatan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat