‘Kita tak boleh paksa orang suka filem kita’ – Aziz M Osman

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pengarah Aziz M Osman, 59, menyifatkan persaingan antara filem tempatan dengan filem asing adalah perkara biasa dalam industri hiburan tanah air.

Aziz berkata, perkara pertama yang perlu difahami ialah itu rezeki masing-masing.

“Yang kedua, kita tak boleh kata sesebuah filem itu menganggu filem yang lain kerana kalau orang nak tengok, dia akan tetap pergi tengok juga. Cuba lihat filem Mat Kilau yang ditayangkan serentak dengan Jurassic World Dominion. Orang kata habislah Mat Kilau kena makan dengan dinosaur Jurassic World, tapi Mat Kilau pula yang makan filem ini. Yang penting sekali dari sudut kepuasan penonton melihat sebuah filem itu perlu ada,” katanya.

Aziz yang ditemui semasa hadir pada sidang media Konsert Doa Buat Zamani Unplugged di sebuah hotel di sini berkata, hebatnya pengarah Mat Kilau, Syamsul Yusof ialah dia benar-benar memberikan kepuasan kepada penonton.

“Bukan saja dia memaparkan sebuah filem yang baik dan berkualiti tapi apabila selesai menonton filemnya, orang keluar dengan hati yang bangga. Itu hebatnya dia. Tak semua orang mampu buat begitu. Saya sebagai penerbit, kalau betul-betul yakin dengan filem saya, ia akan jalan dengan sendiri.

“Banyak juga filem saya yang tak menjadi, tapi itulah kita tak boleh paksa orang makan hidangan kita. Kita kata sedap tapi orang lain mungkin tak,” katanya.

Sebelum ini, penerbit Raja Azmi meluahkan rasa terkilan dengan beberapa pawagam yang didakwa melebihkan filem dari luar berbanding filem tempatan seperti filem terbitannya, Jerangkung Dalam Almari.

Raja Azmi berkata, jumlah tayangan filem seram terbitannya itu dihadkan untuk memberi laluan kepada filem seram dari Indonesia, Pengabdi Setan 2 : Communion.

Dia juga meminta masyarakat supaya memberikan sokongan kepada filem tempatan bagi meneruskan kelangsungan tayangan di pawagam.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat