BENTONG: Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Cameron Highlands menyampaikan sumbangan bakul makanan dan air mineral kepada mangsa-mangsa banjir di Kg Janda Baik.
Sumbangan awal ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kepayahan mangsa-mangsa yang terlibat, kata wakil Menteri Besar Pahang Fadzli Mohamad Kamal.
Jelasnya lagi, YAB Menteri Besar Pahang sentiasa cakna dan prihatin serta amat mengambil berat soal kebajikan rakyat di negeri ini khususnya kepada mereka yang ditimpa kesusahan.
Turut sama Ketua Puteri UMNO Negeri Pahang, Masliana Ahmad, Naib Ketua Pemuda UMNO Cameron Highlands Aidil Adli Jalaluddin dan Jawatankuasa MTSP Cameron Highlands.

“Petang ini saya bersama-sama sukarelawan Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Bahagian Cameron Highlands menyampaikan sumbangan bakul makanan dan air mineral daripada YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail kepada mangsa banjir di Kg Janda Baik.
”Diharapkan sumbangan awal ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kepayahan mangsa-mangsa yang terlibat.
”Dan semoga Allah SWT kurniakan kekuatan, ketabahan serta kesabaran kepada setiap seorang daripada mereka.” kata Fadzli menerusi Facebooknya.
Terdahulu, hujan lebat pada malam Selasa menyebabkan beberapa kampung sekitar kawasan Janda Baik di sini, dilanda banjir kilat.
Antara kampung terjejas teruk dalam kejadian jam 5.30 pagi itu termasuklah Kampung Sum Sum, Kg Pulau Santap, dan Kampung Chemperoh, yang menyebabkan 42 keluarga terpaksa berpindah ke lokasi selamat.-SuaraTV