AIM Salurkan Bantuan RM100 Ribu Bantu Mangsa Banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengumumkan bantuan khas sebanyak RM100,000 kepada mangsa banjir khususnya kepada Sahabat AIM yang terkesan akibat fenomena Monsun Timur Laut yang melanda beberapa negeri sejak Sabtu lalu.

Menurut Pengerusinya, YB Datuk Shabudin Yahaya bantuan yang diberi dalam bentuk barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan lain-lain.

Katanya lagi,selain bantuan RM100,000 berkenaan yang akan disalurkan menerusi kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, AIM juga menyediakan tabung khas untuk Sahabat yang dilanda musibah.

“Menerusi Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS) berkenaan, ia membolehkan Sahabat membuat tuntutan mengikut kadar ditetapkan jika terkesan dalam kejadian banjir ataupun kemusnahan kediaman.

“Sehingga hari ini (Isnin), seramai 9,206 Sahabat AIM di Selangor, Pahang, Kelantan, Sabah, Terangganu, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perak dan Johor terkesan akibat banjir besar berikutan hujan turun tanpa henti sejak Jumaat lalu.” kata Shabudin melalui kenyataan medianya.

Dalam pada itu, sebahagian daripada mereka masih berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan tidak dapat menjalankan aktiviti ekonomi seperti biasa.

Shabudin serta beberapa pengurusan kanan AIM sempat meninjau keadaan Sahabat di PPS Tanjung Karang dan beberapa lokasi lain sebagai tanda prihatin dan melihat keperluan segera yang boleh disalurkan.

“AIM juga akan menggerakkan pasukan petugas di setiap cawangan untuk membantu Sahabat-Sahabat di seluruh negara terutamanya dalam usaha membersih kediaman dan membantu memulihkan perniagaan yang terjejas.

“Beliau turut menasihati Sahabat supaya patuh kepada SOP dan arahan pihak kerajaan bagi mengelakkan penularan wabak Covid 19.” ujarnya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat