Sekolah, Institusi Pendidikan Di Lima Negeri Beroperasi Mulai 21, 22 November – KPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Sekolah dan institusi pendidikan di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di lima negeri akan beroperasi semula bermula 21 dan 22 November ini.

Menurut kenyataan KPM hari ini, pengoperasian institusi pendidikan Kedah akan bermula  21 November, manakala empat negeri lain iaitu Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah akan beroperasi mulai 22 November.

KPM berkata, tarikh pengoperasian itu mengambil kira pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada 5 November lalu berkaitan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Kedah, Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah yang berkuat kuasa hari ini.

“Ini akan membabitkan kehadiran murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah,” kata kenyataan itu.

Ujar kenyataan itu lagi, insitutusi pendidikan di bawah seliaannya turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan pihaknya bagi kategori sekolah dan kategori pusat.

“KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk institusi pendidikan bawah kerajaan negeri.

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat