CYBERJAYA – Menteri Besar Selangor Dato Seri Amirudin Shari enggan mengulas lanjut perbalahan anak syarikat kerajaan negerinya, SELangkah dengan Badan bertindak Imunisasi Kebangsaan bagi Covid-19 (CITF) sejak semalam.
Sebaliknya Amiruddin memberitahu ia hanyalah salah faham dan akan diselesaikan dalam pertemuan antara beliau dengan Ketua CITF, Khairy Jamaluddin nanti. Beliau berkata demikian menerusi akaun twiternya petang tadi.
Saya baru berkomunikasi dgn YB @Khairykj (maaf tiada foto pegang telefon) ttg kenyataan CITF & Selangkah, terdapat salah faham dlm kenyataan smlm. Esok beliau undang saya utk bertemu bagi selaras gerak kerja yg lebih padu di hari muka. Benda boleh bincang kenapa nak war di media.
— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 29, 2021
Semalam, CITF mendakwa SELangkah Selangor sebagai punca masalah teknikal dalam sistem pendaftaran dalam talian untuk vaksin AstraZeneca pada 26 Mei lalu kerana mendaftar orang ramai tanpa kebenaran individu terbabit. CITF mendakwa mereka mengesan nombor protokol internet (IP) yang membawa kepada pusat khidmat SELangkah.
Bagaimanapun SELangkah menafikan dakwaan tersebut dan mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang.