Untuk pengetahuan anda, Janna Nick dan Sharifah Sakinah pernah dihentam peminat K-Pop apabila mereka bergurau mengenai kematian ahli kumpulan SHINee iaitu Jonghyun pada tahun 2018.
Video gurauan mereka kembali tular apabila ada yang memuat naik video berkenaan ke aplikasi TikTok baru-baru ini. Lantaran itu, Janna Nick tampil menjelaskan cerita sebenar menerusi satu video panjang di Instagram dimana beliau memegang al-Quran dan bersumpah bahawa beliau tidak melakukan hal tersebut.
Akan tetapi, para peminat tidak menerima permintaan maaf Janna Nick kerana dilihat tidak ikhlas dan sempat mempromosikan filem terbaharunya dalam videonya itu. Lebih menimbulkan kemarahan netizen apabila Janna telah menghina mengaitkan Lisa BlackPink dengan nama tidak baik.
Para netizen dan peminat K-Pop turut menzahirkan rasa kurang senang akan tindakan Janna Nick. Malah, rata-rata netizen melancarkan kempen untuk ‘report’ akaun Instagram Janna Nick.
JANNA NICK BECAUSE OF YOUUUUU ALL MY KOREAN FRIENDS ARE ANGRY WITH ME BECAUSE OF YOUR ATTITUDE , ini bukan hanya sebab si janna nick ni tiada attitude tapi dia juga mencalarkan imej islam sebab dia sudah minta maaf tho but still buat perangai oink oink #JANNANICKGOINGTOJAILPARTY
— syaiiranie (@syaiiranie) February 22, 2021
Difahamkan, isu Janna Nick ini turut telah tersebar ke negara luar. Ketika ini, akaun Instagram Janna Nick sudah tidak boleh diakses. Apa pendapat anda akan isu ini?
The Vocket